Monday 1 September 2014

PONTENG SEKOLAH


  6. PONTENG SEKOLAH

     PONTENG SEKOLAH

    6.1  DIMANA
Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah ini lazimnya menjadikan pusat beli-belah,pusat siber kafe,pusat snuker dan pusat permainan video sebagai tempat mereka 
berkumpul.

6.2 PUNCA
KURANGNYA MINAT
Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. 
Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga 
malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru.Mereka beranggapan bahawa hadir ke sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari dan adakalanya sehingga ke petang,di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja 
rumah yang diberikan oleh guru. Jalan keluar yang dipilih oleh mereka adalah dengan 
ponteng sekolah. Pelajar sebegini seringkali keluar rumah pada waktu pagi dengan 
memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.Namun begitu, tujuan mereka bukanlah 
sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok seperti ke pusat snuker atau pusat permainan video.

   Kurangnya pemantauan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan 
anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari 
nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini 
menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

6.3 KESAN
   Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah adalah mereka akan rugi dari dari aspek masa dan tenaga.Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak 
ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, 
mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi 
kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.
  Selain itu,kesan yang bakal dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah kepada pelajar-pelajar yang ponteng ini dan secara tidak langsung mereka juga akan memalukan nama 
baik keluarga mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar 
sedang ponteng sekolah, satu-satunya pendapat mereka terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “sampah” 
masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan. Masyarakat juga akan menuding jari kepada ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anak mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka.

6.4 CARA MENGATASI
  Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah.Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Selain itu,ibu bapa juga
 tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta 
mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka sama ada di dalam ataupun di luar kawasan 
sekolah. 

6.5 ULASAN

  Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya 
kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan 
berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan 
bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

PENYALAHGUNAAN MEDIA

5. PENYALAHGUNAAN MEDIA

   Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadi sumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Penggunaan media atau teknologi pada  masa kini terutama sekali internet kelihatan semakin hari semakin meningkat tanpa adanya batasan. 
Seluruh lapisan masyrakat telah menjadikan internet sebagai  satu medium atau bahan media paling utama dalam kehidupan mereka. Setiap maklumat boleh di peroleh hanya dengan menekan papan kekunci sahaja.
 Pengguna juga menjadi semakin liar dan bijak dalam mengakses maklumat dan melungsuri mana-mana media yang  hanya terletak di hujung jari. Namun begitu,sejauh manakah mereka menggunakan atau memanfaatkan penggunaan media yang ada ini dengan cara yang positif ?

5.1 DI MANA

  Isu berkaitan penyalahgunaan media ini sudah menjadi suatu yang biasa kita dengar lagi-lagi pada zaman moden ini di mana dunia dilingkari kemajuan sains dan teknologi dan semuanya hanya terletak di hujung jari kita.

5.2 PUNCA

  Sifat naluri seseorang yang seringkali ingin tahu dan ingin mencuba adalah salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan media ini.Sebagai manusia,kita memang terikat dengan perasaan ingin tahu akan semua perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Kurangnya didikan agama yang diberikan juga menjadi salah satu punca berlakunya hal ini.Kebelakangan ini,ramai yang terlibat dalam penyalahgunaan media.Tambahan pula dalam dunia yang serba moden ini,remaja terdedah kepada hal-hal yang dapat merosakkan akal fikiran mereka dengan mudah.Kurangnya didikan agama juga menyebabkan kita tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara itu.Oleh yang demikian,didikan agama amatlah penting dalam menghindari isu sebegini.

5.3  KESAN

  Penggunaan internet masa kini semakin tidak terkawal dan tidak bertapis. Banyak laman-laman sesawang yang memaparkan hal-hal yang berunsur lucah,keganasan,politik yang keterlaluan,penyebaran berita palsu dan banyak lagi.Melalui media sosial,seperti Facebook,Instagram,Whatsapp,Wechat  juga telah menimbulkan pelbagai isu atau jenayah yang berlaku tanpa kita duga, banyak juga kes tipu berlaku yang melibatkan wang ringgit yang boleh mencecah sehingga jutaan ringgit malah yang lebih parah lagi yang melibatkan maruah juga turut terjadi.


5.4 CARA MENGATASI

  Sebagai langkah berjaga-jaga,beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.
  Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak melibatkan penggunaan  internet.Seterusnya, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi bertambah teruk.
  Selanjutnya, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh dilayari. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di pusat siber kafe. Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Di samping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendunggolongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

5.5 ULASAN

  Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas amatlah wajar dilaksanakan.

ISU PENYALAHGUNAAN DADAH

4    
          4. ISU PENYALAHGUNAAN DADAH 

       Apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah digambarkan sebagai najis yang telah mengancam negara kita sejak dahulu lagi dan isu penyalahgunaan dadah juga masih kekal menjadi musuh nombor satu negara. Dadah merupakan sesuatu yang negatif dan perlu dihindari. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang secara berlebihan tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah boleh memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikannya. Dadah seringkali disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mengelak dari sebarang tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.

         4.1  DIMANA
         Isu penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk di negara kita sendiri, Malaysia.

     4.2  PUNCA

        PERASAAN INGIN MENCUBA
        Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya.
       Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

    PENGARUH RAKAN SEBAYA

        Pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

     4.3  KESAN

       Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam gejala-gejala sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.


4   4.4 CARA MENGATASI
        Banyak langkah yang boleh diambil untuk memerangi najis dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang kian menjadi-jadi ini, ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan anak-anak mereka tidak  terjebak dalam masalah ini. 
I      Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya bersama anak-anak mereka. Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan najis dadah. 
       Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan yang secukupnya dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke dalam perangkap penyalahgunaan dadah.Selanjutnya,anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama yang  secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi,pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
      Seterusnya, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui menganjuran  program kempen anti dadah,ceramah tentang keburukan dadah, kem motivasi diri dan mewar-warkannya melalui media massa . Hal ini demikian kerana melalui program-program sebegini, remaja dapat memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah an pada masa yang sama mereka turut boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang bahayanya dadah. Di samping itu,pihak berkuasa juga perlulah memperketatkanlah lagi undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berleluasa. 

    4.5 ULASAN
        Sebagai kesimpulannya, ibu bapa, guru-guru, masyarakat  dan juga pihak kerajaan perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh nombor satu negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup aman tanpa adanya najis yang digelar  dadah ini. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa dan juga negara.

ISU HORMAT-MEGHORMATI TANPA MENGIRA UMUR,KAUM,BANGSA DAN AGAMA

3             

3    3. ISU HORMAT-MEGHORMATI TANPA MENGIRA UMUR,KAUM,BANGSA DAN AGAMA
b                                   Negara kita,Malaysia telah digemparkan dengan sebuah video yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial 
‘’Youtube’’ yang memaparkan gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki yang berumur.
l
Kejadian tersebut dikatakan dirakam di Kuatan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya yang berjenama ‘’Peugeot’’ dilanggar dari belakang.Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya itu mengundang komen negatif kepada ramai pengguna media sosial.Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuklah ‘’Ini kereta barulah,bodoh!’’ sambil menghentak pengunci stereng keatas kereta milik lelaki yang melanggarnya tersebut.

3.1 DI MANA
  Isu ini acapkali berlaku di dalam negara yang terdiri daripada berbilang kaum.

3.2 PUNCA

Antara punca isu sebegini adalah kerana kurangnya didikan moral diberikan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.Antara individu yang terdekat kepada golongan muda ini adalah ibu bapa.Sikap ibu bapa pada
 zaman kini yang lebih mengutamakan kerjaya mereka begitu sibuk sehingga mereka mengabaikan
 tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka dengan sempurna.Ibu bapa berpendapat bahawa cukup mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan moral itu hanya dipelajari di sekolah sahaja.Ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab yang 
seharusnya semua pihak laksanakan.Oleh yang demikian,ibu bapa perlulah meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan mendidik anak mereka serta menerapkan didikan moral supaya sikap hormat-meghormati itu tertanam dalam diri anak-anak mereka.Pihak sekolah juga perlulah menitikberatkan matapelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam 
serta Pendidikan sivik dan kewarganegaraan dalam bilik darjah.
Hal ini supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari yang mereka haruslah menghormati orang lain tanpa mengira bangsa,kaum dan agama mereka,bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang perselisihan faham 
ataupun pergaduhan.

3.3 KESAN
  Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.

3.4 CARA MENGATASI

  Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. 
Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan tersebut untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama untuk 
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan seperti peribahasa Melayu yang
 berbunyi, berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

  Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama melalui amalan kunjung-mengunjung antara satu dengan yang lain.Hal ini juga dapat mengeratkan lagi  ikatan silaturahim antara jiran ataupun  rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum. 
Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas yang  merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan, sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan 
hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini juga dapat mengukuhkan 
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. 

3.5 ULASAN
  Malaysia merupakan sebuah negara yang unik sekali kerana rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bangsa,budaya serta agama. 
Namun begitu jika kita tidak mempunyai perasaan saling menghormati antara kaum maka perselisahan faham 
dan banyak permasalah akan berlaku yang boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Oleh itu,kita perlulah sentiasa mempunyai perasaan saling hormat-menghormati tanpa sebarang syarat agar silaturahim antara kaum dapat dipereratkan lagi dan sekaligus
 keunikkan negara kita juga dapat dikekalkan.

KES PEMBUANGAN BAYI

2. KES PEMBUANGAN BAYI

  Kita seringkali melihat tentang kes-kes pembuangan bayi di kaca televisyen, kita sering terbaca laman utama akhbar yang menceritakan tentang pembuangan bayi dan kita juga sering mendengar kes -kes pembuangan bayi ini di corong-corong radio. Permasalahan yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi. Kes pembuangan bayi ini biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka itu.
Hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej diri mereka sendiri tetapi juga menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga serta mencalarkan imej negara. 

2.1 PUNCA

KURANGNYA DIDIKAN AGAMA

  Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja . Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa yang kian sibuk mencari harta kekayaan diluar  sana. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang kuat dan mereka  mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang kuat, mereka tidak dapat membezakan sama ada perbuatan mereka itu betul atau salah. Hal ini dapat dilihat apabila golongan remaja,khususnya remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan mereka itu. Jadi, didikan agama yang kurang teguh adalah salah satu factor yang menyebabkan masalah ini semakin banyak berlaku.

INSTITUSI  KEKELUARGAAN

  Selain itu,  institusi kekeluargaan yang runtuh  turut menjadi salah satu sebab mengapa berlakunya isu pembuangan bayi ini. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan baik. Menurut sebuah  kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membimbing,mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Akhirnya,  pengabaian ini mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan sumbang. Keadaan demikianlah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi.

2.2 DI MANA

  Isu ini kebanyakkannya berlaku di kawasan bandar di mana pergaulan itu bebas dan tiada had batasannya.

2.3 KESAN 

  Isu yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar  sering memaparkan kejadian ini dalam laman utama  akhbar mereka dengan begitu meluas . Hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej diri mereka sendiri tetapi juga menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga serta mencalarkan imej negara.

2.4 CARA MENGATASI

  Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat  terutamnnya sekali kepada golongan remaja dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita tahu, kes pembuangan bayi ini  berpunca akibat pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi masyarakat moden zaman kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur-unsur negatif sebegitu supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru terngadah.Tamsilnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen sebegini haruslah seringkali dijalankan dan bukannya  seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. 
Selain itu, didikan agama dan didikan  moral juga  harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk membri kesedaran kepada anak-anak mereka  tentang dosa dan balasan yang akan diterima akibat perbuatan sumbang mereka itu. Proses ini hendaklah dilakukan secara berterusan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam diri setiap individu supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing. Anak-anak perlulah  diberi didikan agama sejak mereka kecil lagi kerana bak kata pepatah Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

2.5 ULASAN

  Umum mengetahui bahawa kes pembuangan bayi ini menjadi semakin berleluasa seperti pepatah Melayu yang berbunyi  seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini turut menimbulkan perasaan berang di dalam kalangan masyarakat .Individu yang sering dipersalahkan adalah ibu bapa.Pada pendapat saya,kita sebagai masyarakat ataupun ‘’orang luar’’ tidak bolehlah hanya menunding jari dan terus menyalahkan kedua-dua ibu bapa kepada remaja yang melakukan perkara tersebut.
Kita perlulah sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan sentiasa mengingatkan kepada mereka bahawa apa yang berlaku itu sudah terjadi dan kita tidak boleh berbuat apa lagi kita hanya boleh meneruskan hidup seperti biasa.

Tuesday 26 August 2014

Definisi & Konsep Kesantunan

1. PENGENALAN

1.1 DEFINISI KESANTUNAN

       Menurut Kamus Dewan (1984),perkataan ‘’Kesantunan’’ membawa maksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang itu berbahasa dengan santun penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.


1.2 KONSEP KESANTUNAN

       Antara contoh kesantunan berbahasa adalah cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan. Selain itu, timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita seperti bahasa yang kita gunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Seterusnya, cara sapaan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis  dengan sopan santun supaya tidak dipandang seong kerana dianggap biadap atau tidak berbudi bahasa. Sistem sapaan dan panggilan juga terkandung dalam kesantunan berbahasa. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dang anti nama. Di samping itu, kesantunan berbahasajugamempunyai mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Sebagai contohnya, penggunaan kosa kata dan kata ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan , pangkat, umur dan keakraban. Tambahan pula, kesantunan berbahasa juga merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mestilah sesuai dengan situasi,topik perbincangan dan hubungan antara penutur dan juga pendengar. Pada masa yang sama, nada mestilah rendah dan lemut dan gerak laku juga haruslah lembut. Gaya dan raga mini juga mestilah tidak berbentuk seperti mengejek, menyindir, peril ataupun menempelak. Akhir sekali, kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk jugalah laras bahasa istana. Antara ungkapannya adalah patik, tuanku, bersiram, bersemanyam dan sebagainya.