Monday, 1 September 2014

KES PEMBUANGAN BAYI

2. KES PEMBUANGAN BAYI

  Kita seringkali melihat tentang kes-kes pembuangan bayi di kaca televisyen, kita sering terbaca laman utama akhbar yang menceritakan tentang pembuangan bayi dan kita juga sering mendengar kes -kes pembuangan bayi ini di corong-corong radio. Permasalahan yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi. Kes pembuangan bayi ini biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka itu.
Hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej diri mereka sendiri tetapi juga menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga serta mencalarkan imej negara. 

2.1 PUNCA

KURANGNYA DIDIKAN AGAMA

  Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja . Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa yang kian sibuk mencari harta kekayaan diluar  sana. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang kuat dan mereka  mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang kuat, mereka tidak dapat membezakan sama ada perbuatan mereka itu betul atau salah. Hal ini dapat dilihat apabila golongan remaja,khususnya remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan mereka itu. Jadi, didikan agama yang kurang teguh adalah salah satu factor yang menyebabkan masalah ini semakin banyak berlaku.

INSTITUSI  KEKELUARGAAN

  Selain itu,  institusi kekeluargaan yang runtuh  turut menjadi salah satu sebab mengapa berlakunya isu pembuangan bayi ini. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan baik. Menurut sebuah  kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membimbing,mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Akhirnya,  pengabaian ini mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan sumbang. Keadaan demikianlah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi.

2.2 DI MANA

  Isu ini kebanyakkannya berlaku di kawasan bandar di mana pergaulan itu bebas dan tiada had batasannya.

2.3 KESAN 

  Isu yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar  sering memaparkan kejadian ini dalam laman utama  akhbar mereka dengan begitu meluas . Hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej diri mereka sendiri tetapi juga menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga serta mencalarkan imej negara.

2.4 CARA MENGATASI

  Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat  terutamnnya sekali kepada golongan remaja dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita tahu, kes pembuangan bayi ini  berpunca akibat pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi masyarakat moden zaman kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur-unsur negatif sebegitu supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru terngadah.Tamsilnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen sebegini haruslah seringkali dijalankan dan bukannya  seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. 
Selain itu, didikan agama dan didikan  moral juga  harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk membri kesedaran kepada anak-anak mereka  tentang dosa dan balasan yang akan diterima akibat perbuatan sumbang mereka itu. Proses ini hendaklah dilakukan secara berterusan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam diri setiap individu supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing. Anak-anak perlulah  diberi didikan agama sejak mereka kecil lagi kerana bak kata pepatah Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

2.5 ULASAN

  Umum mengetahui bahawa kes pembuangan bayi ini menjadi semakin berleluasa seperti pepatah Melayu yang berbunyi  seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini turut menimbulkan perasaan berang di dalam kalangan masyarakat .Individu yang sering dipersalahkan adalah ibu bapa.Pada pendapat saya,kita sebagai masyarakat ataupun ‘’orang luar’’ tidak bolehlah hanya menunding jari dan terus menyalahkan kedua-dua ibu bapa kepada remaja yang melakukan perkara tersebut.
Kita perlulah sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan sentiasa mengingatkan kepada mereka bahawa apa yang berlaku itu sudah terjadi dan kita tidak boleh berbuat apa lagi kita hanya boleh meneruskan hidup seperti biasa.

No comments:

Post a Comment