Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadi sumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Penggunaan media atau teknologi pada masa kini terutama sekali internet kelihatan semakin hari semakin meningkat tanpa adanya batasan.
Seluruh lapisan masyrakat telah menjadikan internet sebagai satu medium atau bahan media paling utama dalam kehidupan mereka. Setiap maklumat boleh di peroleh hanya dengan menekan papan kekunci sahaja.
Pengguna juga menjadi semakin liar dan bijak dalam mengakses maklumat dan melungsuri mana-mana media yang hanya terletak di hujung jari. Namun begitu,sejauh manakah mereka menggunakan atau memanfaatkan penggunaan media yang ada ini dengan cara yang positif ?
5.1 DI MANA
Isu berkaitan penyalahgunaan media ini sudah menjadi suatu yang biasa kita dengar lagi-lagi pada zaman moden ini di mana dunia dilingkari kemajuan sains dan teknologi dan semuanya hanya terletak di hujung jari kita.
5.2 PUNCA
Sifat naluri seseorang yang seringkali ingin tahu dan ingin mencuba adalah salah satu faktor berlakunya penyalahgunaan media ini.Sebagai manusia,kita memang terikat dengan perasaan ingin tahu akan semua perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Kurangnya didikan agama yang diberikan juga menjadi salah satu punca berlakunya hal ini.Kebelakangan ini,ramai yang terlibat dalam penyalahgunaan media.Tambahan pula dalam dunia yang serba moden ini,remaja terdedah kepada hal-hal yang dapat merosakkan akal fikiran mereka dengan mudah.Kurangnya didikan agama juga menyebabkan kita tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara itu.Oleh yang demikian,didikan agama amatlah penting dalam menghindari isu sebegini.
5.3 KESAN
Penggunaan internet masa kini semakin tidak terkawal dan tidak bertapis. Banyak laman-laman sesawang yang memaparkan hal-hal yang berunsur lucah,keganasan,politik yang keterlaluan,penyebaran berita palsu dan banyak lagi.Melalui media sosial,seperti Facebook,Instagram,Whatsapp,Wechat juga telah menimbulkan pelbagai isu atau jenayah yang berlaku tanpa kita duga, banyak juga kes tipu berlaku yang melibatkan wang ringgit yang boleh mencecah sehingga jutaan ringgit malah yang lebih parah lagi yang melibatkan maruah juga turut terjadi.
5.4 CARA MENGATASI
Sebagai langkah berjaga-jaga,beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.
Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak melibatkan penggunaan internet.Seterusnya, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada menjadi bertambah teruk.
Selanjutnya, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh dilayari. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di pusat siber kafe. Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Di samping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendunggolongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
5.5 ULASAN
Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas amatlah wajar dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment