3
3 3. ISU HORMAT-MEGHORMATI TANPA MENGIRA UMUR,KAUM,BANGSA DAN AGAMA
b Negara kita,Malaysia telah digemparkan dengan sebuah video yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial
‘’Youtube’’ yang memaparkan gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki yang berumur.
l
Kejadian tersebut dikatakan dirakam di Kuatan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya yang berjenama ‘’Peugeot’’ dilanggar dari belakang.Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya itu mengundang komen negatif kepada ramai pengguna media sosial.Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuklah ‘’Ini kereta barulah,bodoh!’’ sambil menghentak pengunci stereng keatas kereta milik lelaki yang melanggarnya tersebut.
3.1 DI MANA
Isu ini acapkali berlaku di dalam negara yang terdiri daripada berbilang kaum.
3.2 PUNCA
Antara punca isu sebegini adalah kerana kurangnya didikan moral diberikan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.Antara individu yang terdekat kepada golongan muda ini adalah ibu bapa.Sikap ibu bapa pada
zaman kini yang lebih mengutamakan kerjaya mereka begitu sibuk sehingga mereka mengabaikan
tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka dengan sempurna.Ibu bapa berpendapat bahawa cukup mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan moral itu hanya dipelajari di sekolah sahaja.Ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab yang
seharusnya semua pihak laksanakan.Oleh yang demikian,ibu bapa perlulah meluangkan masa dengan anak-anak mereka dan mendidik anak mereka serta menerapkan didikan moral supaya sikap hormat-meghormati itu tertanam dalam diri anak-anak mereka.Pihak sekolah juga perlulah menitikberatkan matapelajaran Pendidikan Moral,Pendidikan Islam
serta Pendidikan sivik dan kewarganegaraan dalam bilik darjah.
Hal ini supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari yang mereka haruslah menghormati orang lain tanpa mengira bangsa,kaum dan agama mereka,bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang perselisihan faham
ataupun pergaduhan.
3.3 KESAN
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
3.4 CARA MENGATASI
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong.
Aktiviti
gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan tersebut untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan seperti peribahasa Melayu yang
berbunyi, berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama melalui amalan kunjung-mengunjung antara satu dengan yang lain.Hal ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara jiran ataupun rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas yang merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan, sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan
hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini juga dapat mengukuhkan
perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.
3.5 ULASAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik sekali kerana rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bangsa,budaya serta agama.
Namun begitu jika kita tidak mempunyai perasaan saling menghormati antara kaum maka perselisahan faham
dan banyak permasalah akan berlaku yang boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
Oleh itu,kita perlulah sentiasa mempunyai perasaan saling hormat-menghormati tanpa sebarang syarat agar silaturahim antara kaum dapat dipereratkan lagi dan sekaligus
keunikkan negara kita juga dapat dikekalkan.
No comments:
Post a Comment