4
4. ISU PENYALAHGUNAAN DADAH
Apakah yang dimaksudkan dengan dadah? Dadah digambarkan sebagai najis yang telah mengancam negara kita sejak dahulu lagi dan isu penyalahgunaan dadah juga masih kekal menjadi musuh nombor satu negara. Dadah merupakan sesuatu yang negatif dan perlu dihindari. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang secara berlebihan tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah boleh memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikannya. Dadah seringkali disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mengelak dari sebarang tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.
4.1 DIMANA
Isu penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk di negara kita sendiri, Malaysia.
4.2 PUNCA
PERASAAN INGIN MENCUBA
Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Perlakuan orang dewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.
4.3 KESAN
Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam gejala-gejala sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
4 4.4 CARA MENGATASI
Banyak langkah yang boleh diambil untuk memerangi najis dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang kian menjadi-jadi ini, ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini.
I Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya bersama anak-anak mereka. Sikap mengambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan najis dadah.
Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan pendidikan yang secukupnya dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke dalam perangkap penyalahgunaan dadah.Selanjutnya,anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama yang secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi,pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.
Seterusnya, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui menganjuran program kempen anti dadah,ceramah tentang keburukan dadah, kem motivasi diri dan mewar-warkannya melalui media massa . Hal ini demikian kerana melalui program-program sebegini, remaja dapat memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah an pada masa yang sama mereka turut boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang bahayanya dadah. Di samping itu,pihak berkuasa juga perlulah memperketatkanlah lagi undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan pengedaran dadah bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berleluasa.
4.5 ULASAN
Sebagai kesimpulannya, ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh nombor satu negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup aman tanpa adanya najis yang digelar dadah ini. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa dan juga negara.
No comments:
Post a Comment